Saturday, October 13, 2007
Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang memberi kami hidup dan sesungguhnya Engkau juga yang mengambil kita kembali.
Ya Allah, Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyanyang, ampunkan lah segala dosa-dosa yang telah diperlakukannya. Kasihanilah beliau yang nyawanya akan Engkau ambil, Ya Allah.
Sesungguhnya Engkau lah pencipta seluruh alam, tiada Tuhan selainMu Ya Allah.
Berikanlah beliau ketenangan, dan kuatkanlah imannya Ya Allah. Kasihanilah ahli keluarganya Ya Allah. Di Syawal yang mulia ini, berilah keberkatan kepadanya dan juga keluarganya. Semoga mereka tabah melalui cobaan yang telah Engaku berikan kepada mereka, Ya Allah. Ya Allah, sesungguhnya aku ini penuh dengan dosa, namun hamba mengangkat tanganku kepadaMu dan berdoa agar Engkau mendengar rayuanku ini Ya Allah. Sekiranya Engkau ingin mengambil nyawanya, biarlah beliau meninggalkan dunia ini dengan sempurna, dengan penuh ketenangan, dengan iman yang teguh. Janganlah Engkau biarkan beliau disesatkan di saat-saat terakhirnya Ya Allah. Biarlah hambamu yang sedang nazak mengucap dua kalimah syahadat dengan betul Ya Allah. Jauhilah beliau dari segala godaan syaitan dan ibils yang direjam oh Ya Allah. Ringankanlah seksanya sewaktu nazak, dan juga di alam kubur dan akhirat, Ya Allah. Tolonglah Ya Allah, meskipun aku telah banyak berdosa, namun doa ini ku sampaikan untuk beliau, kuharap ia dapat dikabulkan Ya Allah. Ampunilah segala dosa dan kesalahannya oh Tuhanku. Berilah beliau peluang yang terakhir untuk kembali ke pangkal jalan dan biarlah dia meninggal dalam keadaan Islam; dalam iman.
Hanya Engkau sahajalah yang boleh mendengar rayuan kami Ya Allah. Hanya Engkau yang benar-benar mengetahui keadaannya dan apa yang sedang berlegar di fikirannya. Kami ingin beliau pergi sebagai seorang Muslimin dan bukanlah di antara golong kafir yang dibenciMu, Ya Allah. Berilah beliau kekuatan untuk melalui ujian terakhir di dunia ini dengan penuh iman dan keyakinan dalam diriMu, Ya Allah. Janganlah beliau Engkau singkirkan, Engkaulah Maha Pengampun. Beliau datang ke dunia ini sebagai seorang Muslimin, ku merayu agar Engkau membenarkannya pergi sebagai seorang Muslimin juga.
Subhanallah.
Inginku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam walau dimanapun jua. Ku menyusun sepuluh jariku memohon maaf dan keampunan atas segala salah silap kepada sesiapa pun. Ku berharap semua dapat bergembira di samping keluarga dan sanak saudara, walaupun ku pasti terdapat banyak yang juga gundah-gulana menangiskan kepergian orang yang tercinta.
Jangalah sekali-kali kita lupa akan mereka yang telah pergi, berhentilah buat seketika dan kenanglah insan-insan yang kita sayangi dan marilah berdoa agar mereka diringankan seksa di kubur, dan agar segala dosa-dosa mereka dapat diampunkan Yang Maha Esa.
Marilah kita sampaikan Al-Fatihah kepada mereka yang telah pergi buat selama-lamanya. Kepada mereka yang telah kehilangan orang yang disayangi, tabahkan lah diri menghadapi cobaan dan dugaan.
Labels: not everyone is happy on this joyous day
X O X O; 8:33 pm